ASEAN Energy Awards 2026

πππππ ππππππ πππππ ππππ | π πππππππ ππππ | π
πππππππ
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kejayaan cemerlang Malaysia yang berjaya merangkul dua anugerah berprestij pada majlis ASEAN Energy Awards 2026 yang berlangsung di Filipina.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah memenangi anugerah ASEAN Excellence in Connectivity and Interconnection Project & Initiative Award menerusi projek The Lao PDRβThailandβMalaysiaβSingapore Power Integration Project (LTMS-PIP). Manakala YBrs. Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA turut diiktiraf menerusi anugerah ASEAN Women in Energy Excellence Award bersama-sama sepuluh orang tokoh kepimpinan wanita sektor tenaga dari negara-negara anggota ASEAN.
Pencapaian berganda ini merupakan satu kebanggaan buat negara serta menjadi pemangkin semangat untuk Malaysia terus memperkukuh kerjasama, integrasi, dan keterjaminan tenaga di peringkat serantau.