Majlis Penyerahan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Tanjung Batu, Nenasi

ππππππ ππππππππππ ππππππ πππππππ πππππππ ππππππ πππππππ πππππππ ππππ | ππ π
ππ ππππ | πππππ, ππππππ
Majlis Penyerahan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Tanjung Batu, Nenasi telah berlangsung dengan jayanya hari ini sebagai simbolik penyerahan infrastruktur siap sepenuhnya daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Pahang. Majlis penuh istiadat ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Turut hadir menyaksikan majlis bersejarah ini ialah YBhg. Datoβ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Dato' Ali Syahbana bin Sabaruddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Pahang serta dif-dif jemputan yang lain.