Program Transformasi PETRA 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑 (𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀) [𝐀𝐑𝐏𝐀, 𝐀𝐊𝐓𝐀 𝐈𝐋𝐓𝐈𝐙𝐀𝐌, 𝐑𝐊𝐁] 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏𝟏 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA) telah menganjurkan Program Transformasi PETRA bagi tahun 2026 yang merangkumi pengisian Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), Akta ILTIZAM, dan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB). Program ini telah berlangsung pada 11 Mei 2026 bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA, Putrajaya.
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan menyeluruh kepada warga PETRA serta agensi-agensi di bawahnya mengenai inisiatif transformasi kerajaan yang terkini. Sesi dimulakan dengan taklimat Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) oleh Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dari Pejabat Perdana Menteri. Program diteruskan dengan perutusan daripada Chief Reform Officer (CRO) PETRA serta taklimat mengenai Akta ILTIZAM yang disampaikan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sesi petang pula memfokuskan kepada taklimat Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kementerian sentiasa di tahap yang optimum. Melalui program ini, adalah diharapkan agar semua warga PETRA dapat mengintegrasikan elemen reformasi dan kecekapan tinggi dalam pelaksanaan tugas seharian demi memacu kecemerlangan organisasi.