Majlis Perasmian Projek Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir (RMKe-13)

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 (𝐑𝐌𝐊𝐞-𝟏𝟑) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 | 𝟖 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔
Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir (RMKe-13) bertempat di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru.
Selain menghadiri Taklimat Eksekutif Pelaksanaan Projek Pemuliharaan Sungai bagi mengurangkan risiko banjir, rangka lawatan kerja proaktif PETRA dan JPS Malaysia ini diteruskan pada sebelah petang dengan lawatan tapak ke Projek Pembinaan dan Pembaikan Ban Pantai di Daerah Batu Pahat. Lawatan tersebut merangkumi pesisir Pantai Skim Tampok, Pantai Skim Rengit, Pantai Skim Minyak Beku, Pantai Skim Peserai, dan Pantai Skim Senggarang bagi meninjau kemajuan pelaksanaan projek serta memastikan kerja-kerja pemuliharaan berjalan mengikut perancangan.
Pelaksanaan kedua-dua projek berimpak tinggi ini mencerminkan komitmen jitu Kerajaan MADANI melalui PETRA dalam memperkukuh pengurusan sumber air dan perlindungan pesisir pantai secara mampan. Langkah bersepadu ini amat kritikal demi meminimumkan risiko bencana, sekali gus menjamin keselamatan, kesejahteraan, dan kemakmuran masyarakat setempat.