Mewujudkan dasar bekalan air dan pembetungan bagi menyokong kemampanan industri dalam jangka masa panjang.
Mewujudkan mekanisme kawal selia industri perkhidmatan bekalan air dan pembetungan yang kondusif bagi menyokong kemampanan industri dalam jangka masa panjang.
Mengimbangi aspek pemuliharaan alam sekitar dalam pembangunan industri perkhidmatan bekalan air dan pembetungan.
FUNGSI
Menggubal, melaksana, memantau dan menilai Dasar Industri Perkhidmatan Air
Merancang, menyelia dan menyelaras mekanisme pelaksanaan Dasar Industri Perkhidmatan Air
Menyedia mekanisme pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan industri perkhidmatan air
Melaksanakan, memantau, menilai, menambah baik pelaksanaan Dasar Industri Perkhidmatan Air
PROGRAM
Program Non-Revenue Water (NRW) Kebangsaan Pendekatan 1 & 2
Peningkatan Pemulihan Perbelanjaan Operasi Operator Pembetungan Awam
Pemantauan Program Capital expenditure (CAPEX) berdasarkan Pelan Perniagaan Operator Air
Pembinaan loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan
Penghasilan Air Pulih Guna
HALA TUJU & SASARAN
28.5% (Tahun 2030) Peningkatan Kecekapan dan Kelestarian Pengurusan Bekalan Air Melalui Pengurangan Air Tidak Terhasil (NRW)
200 L/C/D (Tahun 2025) Peningkatan Kemampanan Bekalan Air Melalui Pengurangan Penggunaan Air Domestik
10 - 15% (Tahun 2025) Peningkatan Keterjaminan Sekuriti Air Melalui Rizab Margin
50 JLH (Tahun 2025) Pengukuhan Ekonomi Kitaran Dan Pelaksanaan Inisiatif Hijau Melalui Peningkatan Penggunaan Air Pulih Guna
TSM (Semakan Setiap 3 tahun) Peningkatan Kemampanan Kewangan Industri Bekalan Air Dan Pembetungan Melalui Pelarasan Air
87.5% (Tahun 2025) Perluasan Liputan Perkhidmatan Pembetungan Awam Melalui Peningkatan Liputan Perkhidmatan Pembetungan Bersambung di Bandar-Bandar Utama