𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐑𝐄𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐊𝐔 | 𝟕 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 & Penutupan Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku telah melabuhkan tirainya dengan Forum Khas yang berprestij, bertajuk "Kerajaan Madani: Retrospektif dan Memeta Perjalanan Ke Hadapan." yang disampaikan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.
Forum ini menghuraikan pencapaian utama Kerajaan Madani dan hala tuju strategik untuk perkhidmatan awam ke hadapan, termasuk kejayaan dalam menarik pelaburan berimpak tinggi dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam sektor teknologi, seperti yang digariskan dalam pembentangan.
Turut serta dalam konvensyen ini adalah YAB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA, YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd karli, Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA dan YBhg. Dato' Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA.
Selesai konvensyen tersebut, para menteri serta dif kehormat menghadiri Majlis Penutup Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku yang berlangsung di Pekarangan Dataran Putrajaya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Anwar Ibrahim.