Memberi perkhidmatan perundangan yang berkualiti, profesional, bermutu dan bertindak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dengan cekap, adil dan saksama.
FUNGSI
Menggubal dan menyemak perundangan utama/ subsidiari sebelum dikemukakan kepada AGC untuk kelulusan.
Menyemak instrumen dan dokumen antarabangsa (MOU, deklarasi dan lain-lain sebelum dikemukakan ke AGC untuk semakan dan kelulusan.
Memberikan latihan/ ceramah berkaitan dengan undang-undang di bawah Kementerian/ Jabatan/ Agensi atau institusi luar.
Menyemak dan meluluskan kontrak, perjanjian, memorandum persefahaman dan dokumen perundangan domestik Kementerian/ Jabatan.
Menyediakan ulasan/ pandangan ke atas Kertas Jemaah Menteri dan kertas pertimbangan Majlis/ Mesyuarat melibatkan Kementerian/ Jabatan.
Mengambil arahan dan mengendalikan tindakan guaman bagi pihak Kerajaan Malaysia yang melibatkan Kementerian/ Jabatan.
Memberi nasihat perundangan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkaitan.
Melaksanakan kajian undang-undangterhadap isu perundangan yang dirujuk oleh pihak Kementerian/ Jabatan.
Menyemak kertas siasatan dan mengendalikan tindakan pendakwaan bagi pihak Kementerian/ Jabatan.