Berita Terkini
Program Khidmat Masyarakat MADANI PETRA, Miri
Penaung PUSPANITA PETRA, YBhg. Datin Sri Hajah Ruziah Mohd Tahir hari ini telah menghadiri Program Khidmat Masyarakat MADANI PETRA bersama Pertubuhan Pusat Dalam Komuniti (PPDK) Sunflower, di Miri pada 28 September 2024 (Sabtu).
Program ini telah diadakan bertujuan bagi menyantuni anak-anak istimewa selain memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti persekitaran.
Terdapat 9 pertubuhan kebajikan sekitar bahagian Miri telah dikenalpasti sebagai penerima sumbangan Program Khidmat Masyarakat MADANI PETRA.
Program ini juga merupakan hasil kerjasama daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Indah Water Konsortium (IWK), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).