Berita Terkini
Program Bicara Motivasi anjuran bersama PUSPANITA Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Kelab Sukan dan Kebajikan Air Putrajaya (KESKAP)
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐎𝐓𝐈𝐕𝐀𝐒𝐈 | 𝟏𝟓 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍) | 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐈𝐙𝐀𝐍 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐀𝐋 𝐀𝐁𝐈𝐃𝐈𝐍, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama-sama agensi di bawahnya telah mengambil bahagian dalam Program Bicara Motivasi anjuran bersama PUSPANITA Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Kelab Sukan dan Kebajikan Air Putrajaya (KESKAP).
Ceramah motivasi ini disampaikan oleh Ustaz Syamsul Amri bin Haji Ismail (Ustaz Syamsul Debat) bertajuk "Kerja Pun Berkat, Hidup Pun Sihat" dan dihadiri lebih 40 orang wakil daripada PETRA, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) , Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) , dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan motivasi, mengukuhkan disiplin, dan memupuk keseimbangan antara kerjaya dan kesejahteraan diri dalam kalangan peserta. Penglibatan ini merupakan komitmen berterusan PETRA dan agensi dalam memastikan pembangunan holistik modal insan.
Article Date: 15 Disember 2025


