Berita Terkini
Sidang Kemuncak Sidang Kemuncak 𝘊𝘭𝘦𝘢𝘯 𝘌𝘯𝘦𝘳𝘨𝘺 𝘛𝘳𝘢𝘯𝘴𝘪𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘈𝘴𝘪𝘢 (CETA)
𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐍𝐂𝐀𝐊 𝑪𝑳𝑬𝑨𝑵 𝑬𝑵𝑬𝑹𝑮𝒀 𝑻𝑹𝑨𝑵𝑺𝑰𝑻𝑰𝑶𝑵 𝑨𝑺𝑰𝑨 (𝐂𝐄𝐓𝐀) 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟏𝟏 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒) | 𝐊𝐋𝐂𝐂, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah mengetuai delegasi negara pada Sidang Kemuncak Sidang Kemuncak 𝘊𝘭𝘦𝘢𝘯 𝘌𝘯𝘦𝘳𝘨𝘺 𝘛𝘳𝘢𝘯𝘴𝘪𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘈𝘴𝘪𝘢 (CETA) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Dalam ucaptama beliau, YAB Menteri menegaskan bahawa peralihan tenaga bersih merupakan amanah yang menuntut keberanian dan tindakan kolektif daripada semua pihak.
Bagi menjayakan peralihan ini, Malaysia komited mencapai 70% kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) menjelang 2050. PETRA sedang bersedia untuk memacu sasaran ini dengan menambah sehingga 2GW kapasiti TBB baharu setiap tahun, satu langkah yang penting bagi mewujudkan pekerjaan dan membentuk kluster industri hijau.
Secara serantau, Malaysia berazam memainkan peranan penting sebagai hab pengimbang, negara transit, dan sauh perdagangan kuasa multilateral, bagi merealisasikan sasaran saling sambungan ASEAN Power Grid (APG) menjelang 2045.
Sorotan utama acara ini, beliau melancarkan secara rasmi R.A.C.E to ZERO 2026. Gerakan nasional yang merangkumi lima negeri ini bertujuan membina keupayaan, menghubungkan perniagaan, mempercepatkan projek, dan mencipta momentum yang kukuh dalam sektor peralihan tenaga bersih. R.A.C.E to ZERO 2026 merupakan pemangkin strategik bagi memastikan Malaysia mencapai sasaran Sifar Bersih menjelang 2050 dan pengurangan intensiti karbon sebanyak 45% menjelang 2030.
Article Date: 11 Disember 2025


