Berita Terkini
Tinjauan YAB TPM Ke Pusat Pemindahan Sementara Taiping
3 Oktober 2025

𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐓𝐏𝐌 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 (𝐏𝐏𝐒) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 | 𝟑 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐓𝐀𝐈𝐏𝐈𝐍𝐆, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
YAB Dato’ Sri Hj Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, malam tadi meninjau beberapa PPS di Taiping bagi menyantuni mangsa banjir.
Beliau turut melawat kawasan terjejas termasuk SK Simpang, SK Matang, SK Matang Gelugor serta Jalan Kuala Sepetang.
Turut hadir Ketua Setiausaha PETRA, Dato’ Haji Mad Zaidi Karli dan TKSU (Air), Dato’ Mohd Rodzwan Baba Sakri.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat termasuk Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RELA, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan, agensi-agensi kerajaan lain, para sukarelawan, NGO serta penduduk setempat yang berganding bahu membantu mangsa banjir.