Berita Terkini
The World Atomic Week International Forum
26 September 2025

𝐓𝐡𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐀𝐭𝐨𝐦𝐢𝐜 𝐖𝐞𝐞𝐤 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 | 𝟐𝟔 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐌𝐨𝐬𝐜𝐨𝐰, 𝐑𝐮𝐬𝐬𝐢𝐚
Unit Komunikasi Korporat PETRA terus proaktif membawa suara Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui penglibatan media tempatan di World Atomic Week 2025, Moscow. Kehadiran Free Malaysia Today (FMT) dan BERNAMA bersama lebih 130 wartawan daripada 50 negara menjadikan liputan ini sebahagian daripada rangkaian komunikasi global, melibatkan liputan banyak media antarabangsa juga.
Forum nuklear terbesar dunia ini menghimpunkan lebih 20,000 peserta dari 100 negara termasuk pemimpin dunia, menteri, saintis, pakar industri, belia dan media global. Melalui liputan berterusan, rakyat Malaysia berpeluang mengikuti perkembangan tentang tenaga bersih, teknologi nuklear, ekologi, kesihatan, mobiliti dan pendidikan sains, seiring dengan aspirasi negara untuk membina masa depan tenaga mampan.
Inilah komitmen MADANI Bekerja yang mana komunikasi strategik yang bukan sahaja menyampaikan maklumat, tetapi memperkukuh ketelusan, keterlibatan rakyat dan kepimpinan Malaysia dalam agenda tenaga bersih sejagat.