Berita Terkini
Sesi Libat Urus Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Bersama Media 2025 Sabah
13 Julai 2025

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 𝟏𝟑 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
Sesi Libat Urus Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Bersama Media 2025 Sabah yang disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA ini bertujuan bagi merapatkan silaturrahim di antara PETRA dan media.
Peranan media dalam melaporkan berita, data dan maklumat yang tepat merupakan satu kerjasama dalam menyampaikan usaha kerajaan kepada rakyat.
Turut hadir sama ke Sesi Libat Urus PETRA Bersama Media 2025 Sabah ialah YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA, YBhg Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA serta Pengurusan Tertinggi PETRA dan Agensi.