Berita Terkini
Sesi Libat Urus Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Bersama Media 2025 Kuala Lumpur
7 September 2025

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 | 𝟕 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
Sesi Libat Urus Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Bersama Media 2025 Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA ini bertujuan bagi merapatkan silaturrahim di antara PETRA dan pengamal media di Kuala Lumpur.
Peranan media dalam melaporkan berita, data dan maklumat yang tepat merupakan satu kerjasama dalam menyampaikan usaha kerajaan kepada rakyat.
Turut hadir sama ke Sesi Libat Urus PETRA Bersama Media 2025 Kuala Lumpur ini ialah YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA serta Pengurusan Tertinggi PETRA, Jabatan dan Agensi di bawahnya.