Berita Terkini
Seminar Transformasi Imej Profesional
3 Mac 2026
𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐈𝐌𝐄𝐉 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 | 𝟑 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Seminar Transformasi Imej Profesional pada hari ini di Menara PETRA dengan pengisian istimewa daripada perunding imej terkenal, Cute Carry.
Seminar ini dirangka sebagai inisiatif strategik bagi memperkukuh tahap profesionalisme dan keterampilan warga PETRA melalui pemantapan aspek penampilan, etika dan karisma diri.
Antara perkongsian utama yang diketengahkan ialah kepentingan sikap dan pemikiran positif sebagai pemangkin perubahan diri untuk membentuk budaya kerja yang lebih cemerlang. Turut dikongsikan ialah teknik membina hubungan yang baik agar individu lain berasa selesa, yakin dan dihargai semasa berinteraksi.
Semoga seminar ini memberikan manfaat kepada 120 orang peserta yang hadir dan seterusnya menjadi pemangkin kepada warga PETRA untuk terus menampilkan imej terbaik dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan dan pemegang taruh.


