Berita Terkini
Seminar Pelaksanaan Langkah Cekap Tenaga Di Premis Kerajaan
28 Julai 2025

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐂𝐄𝐊𝐀𝐏 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐈 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐒 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 | 𝟐𝟖 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐇𝐎𝐓𝐄𝐋 𝐒𝐀𝐌𝐀-𝐒𝐀𝐌𝐀, 𝐊𝐋𝐈𝐀, 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) merasmikan Seminar Pelaksanaan Langkah Cekap Tenaga Di Premis Kerajaan di Hotel Sama-Sama KLIA pagi tadi. YB Timbalan Menteri yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu MELP di dalam ucapan alu-aluannya telah menjelaskan bahawa bangunan Kerajaan seperti kompleks pejabat, sekolah dan hospital merupakan antara penggunaan tenaga utama dalam sektor awam di Malaysia.
Seminar yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan membuat hebahan dan penjelasan terperinci berkenaan Arahan Pelaksanaan Langkah Kecekapan Tenaga Tanpa Kos (No-Cost Measures) Di Premis Kerajaan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 9 April 2025 yang lalu. Seramai 150 orang peserta daripada 49 Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan telah menghadiri seminar ini.
Turut hadir sama ke seminar tersebut ialah YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA.