Berita Terkini
Seminar Kepekaan Gender Peringkat PETRA
19 November 2025
𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟏𝟗 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menganjurkan Seminar Kepekaan Gender Peringkat PETRA di Menara PETRA hari ini.
Seminar ini bertujuan meningkatkan kefahaman pegawai PETRA dan Jabatan mengenai konsep kesaksamaan dan pengarusperdanaan gender dalam lensa perkhidmatan awam, membina kapasiti berkaitan pendekatan dasar yang responsif gender dan inklusif, serta menyokong pelaksanaan Dasar Wanita Negara dan peranan PETRA dalam agenda pembangunan gender.
Program ini menampilkan penceramah jemputan, YBhg. Profesor Dato' Dr. Noraida Endut dari Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA), Universiti Sains Malaysia yang berkongsi perspektif mendalam mengenai isu-isu gender dalam konteks dasar dan tadbir urus awam.
Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan aktif dalam menjayakan program ini.


