Berita Terkini
Lawatan Tapak Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Ke Projek Pembinaan Empangan Tawau
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐄𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 | 𝟑𝟎 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
Pada lokasi
terakhir lawatan kerja YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan
Menteri PETRA dan delegasi, telah meninjau ke Projek Pembinaan Empangan Air
Tawau, yang terletak kira-kira 10 kilometer di utara Bandar Tawau.
🔎 Latar Belakang Projek :
Empangan Air Tawau merupakan salah satu projek strategik yang dirancang untuk meningkatkan kapasiti simpanan dan pengurusan sumber air di kawasan Pantai Timur Sabah. Projek ini menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh keselamatan bekalan air, mengurangkan risiko kekurangan air pada musim kemarau, serta menyokong pertumbuhan sosioekonomi daerah Tawau.
🌊 Manfaat projek kepada rakyat:
✅
Menjamin bekalan air mentah yang lebih stabil dan mampan untuk keperluan
domestik, industri dan pertanian di Tawau.
✅
Menyokong pembangunan bandar Tawau yang sedang pesat membangun dengan populasi
dan aktiviti ekonomi yang semakin meningkat.
✅ Menjadi pemangkin kepada pembangunan mampan di kawasan sekitar melalui pengurusan sumber air yang lebih cekap dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim.
Lawatan ini
memperlihatkan iltizam Kerajaan MADANI dalam memastikan projek-projek
infrastruktur air utama dilaksanakan dengan baik, demi kesejahteraan rakyat dan
kemampanan sumber air di Sabah.


