Lawatan Tapak Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Ke Projek PLSB Sungai Moyog - Naik Taraf Sungai Putatan
29 September 2025
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐘𝐁𝐓𝐌 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐋𝐒𝐁 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐌𝐎𝐘𝐎𝐆 – 𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐔𝐓𝐀𝐓𝐀𝐍
Pergerakan YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan delegasi PETRA telah meninjau Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Moyog – Kerja-kerja Naiktaraf Sungai Putatan, yang sedang giat dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Maklumat Projek :
Kos Projek: RM150 juta
Tarikh siap: Disasarkan pada Disember 2027
Skop utama kerja :- Meluruskan aliran Sungai Putatan bagi mengurangkan risiko limpahan.
- Pembinaan ban tebing sungai dan kolam takungan banjir.
- Pembesaran kapasiti saliran dan pembinaan struktur kawalan air.
- Peningkatan infrastruktur sokongan termasuk pembetung jalan dan sistem saliran sekunder.
Projek PLSB Sungai Moyog merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang Kerajaan untuk memperkukuh infrastruktur mitigasi banjir di Sabah, sekaligus memberi perlindungan berterusan kepada komuniti setempat.