Berita Terkini
Program Peningkatan Literasi Tarif Elektrik Untuk Pegawai Komunikasi Kementerian
22 September 2025

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐅 𝐄𝐋𝐄𝐊𝐓𝐑𝐈𝐊 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 | 𝟐𝟐 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐇𝐎𝐓𝐄𝐋 𝐌𝐀𝐑𝐑𝐈𝐎𝐓𝐓, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Tenaga Nasional Berhad, dengan sokongan agensi-agensi strategik di bawah Malaysia Energy Literacy Programme (MELP) iaitu Suruhanjaya Tenaga dan Sustainable Energy Development Authority telah menganjurkan Program Peningkatan Literasi Tarif Elektrik Untuk Pegawai-Pegawai Komunikasi Kementerian di Hotel Marriot, Putrajaya pagi tadi.
Program yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA itu menekankan kepentingan meningkatkan kefahaman dan menyampaikan maklumat tarif elektrik secara tepat kepada masyarakat melalui Pegawai-pegawai Komunikasi Kementerian. Apabila maklumat yang tepat dikongsi, rakyat akan lebih memahami bahawa tarif elektrik ditentukan melalui proses yang telus, adil dan berstruktur. Kefahaman ini bukan sahaja mengelakkan salah tanggapan, malah membina keyakinan bahawa tarif elektrik ialah instrumen untuk menjamin bekalan yang boleh dipercayai, mampu milik dan lestari.