Berita Terkini
Persidangan Pegawai Kanan Dan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia Tahun 2025
13 Ogos 2025

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐋𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 l 𝟏𝟑 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓 l 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍
YBhg. Dato' Mohd Rodzwan Bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Air, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menghadiri Persidangan Pegawai Kanan dan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Tahun 2025 yang bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan pagi tadi.
Persidangan yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula 13 hingga 15 Ogos 2025 ini diadakan setiap tahun bagi mengumpulkan jurutera-jurutera kanan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebagai platform perbincangan serta menambah pengetahuan dalam bidang pengairan dan saliran. Persidangan ini juga merupakan platform terbaik untuk Kementerian menyampaikan hasrat dan hala tuju kepada JPS.
YBhg. Dato' Mohd Rodzwan Bin Mohd Baba Sakri telah membuat Pembentangan Eksekutif 2 yang menyentuh beberapa aspek antaranya Rancakkan MADANI melalui Pelaksanaan Projek JPS, RMKe-13, Peranan JPS Dalam Hala Tuju Sektor Air serta Inovasi MADANI Dalam JPS.
YBrs. Ir. Mohamad Radzi Bin Abdul Talib, Ketua Pengarah JPS turut hadir bersama hampir 400 peserta di Persidangan tersebut.