Berita Terkini
Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Antara Malakoff dengan PETRA
14 Jun 2025

𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐊𝐎𝐅𝐅 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟑 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓) 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊 𝐒𝐈𝐍𝐓𝐄𝐓𝐈𝐊 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐍𝐓 𝟒, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Malakoff dengan PETRA telah berlangsung pada 13 Jun 2025 jam 8.30 malam di Padang Bola Sepak Sintetik Presint 4, Putrajaya.
Perlawanan ini turut dihadiri oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Dato' Mohd Rodzwan Bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) merangkap Presiden Kelab PETRA dan YBhg. Dato' Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan).
YAB Menteri dan YBhg. KSU turut sama bermain, lebih membanggakan apabila YAB Menteri berjaya menjaringkan satu gol buat pasukan PETRA. Keputusan perlawanan berakhir dengan Malakoff 2 - 8 PETRA.
Perlawanan ini bukan sahaja mencerminkan semangat kesukanan dan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta, malah turut memperlihatkan komitmen pimpinan tertinggi dan warga PETRA dalam menyemarakkan semangat berpasukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja. Kemenangan bergaya daripada team PETRA. Tahniah PETRA!