Berita Terkini
Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Kerja Raya (KKR)
8 Disember 2025
𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟖 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍) | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah menganjurkan sesi tontonan langsung dan interaktif bagi Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Kerja Raya (KKR), bersempena Perhimpunan Bulanan KKR Disember 2025.
Buat julung kalinya, format perjumpaan ini telah ditambah baik dan diperluaskan penganjurannya ke semua kementerian melalui teknologi '𝘭𝘪𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘳𝘦𝘢𝘮𝘪𝘯𝘨'. Pendekatan ini membolehkan seluruh warga PETRA, termasuk jabatan dan agensi di bawahnya, menerima amanat Perdana Menteri dan berinteraksi secara terus tanpa perlu bersemuka di lokasi utama.
Turut hadir bersama warga PETRA, YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan/Agensi serta seluruh warga PETRA.


