Berita Terkini
PETRA Skuad Zon Timur : Persinggahan Terakhir di Hari Kedua - Meninjau Loji Jana Kuasa Biogas
25 Mei 2025

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 – 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔 𝐋𝐎𝐉𝐈 𝐉𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐈𝐎𝐆𝐀𝐒 | 𝟐𝟓 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐌𝐀𝐍, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔
YBhg. Dato’ Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA bersama delegasi PETRA Skuad yang lain meneruskan jelajah ke lokasi terakhir PETRA Skuad Zon Timur iaitu Loji Jana Kuasa Biogas di Kemaman.
Loji Jana Kuasa Biogas Kemaman di Terengganu merupakan hasil kerjasama antara TDM Plantation Sdn. Bhd. dan Concord Biotech Sdn. Bhd. bertujuan memanfaatkan sisa buangan kilang sawit (POME) sebagai sumber tenaga boleh baharu.
Dengan dua enjin biogas berkapasiti 2.404 MW, loji ini telah mula beroperasi secara komersil pada 12 Mac 2022 selepas diluluskan di bawah program Feed-in-Tariff (FiT) oleh SEDA Malaysia. Sehingga 31 Mac 2025, loji ini telah menjana lebih 29,000 MWj elektrik hijau untuk kegunaan grid nasional.
Projek ini dirasmikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 28 Mei 2023, menjadi simbol usaha negeri dalam memperkasa tenaga mampan.
Biogas bukan sahaja mengurangkan pencemaran, malah membuka peluang baharu untuk sektor sawit dalam menyumbang kepada sasaran negara ke arah ekonomi hijau dan tenaga bersih.