Berita Terkini
PETRA Skuad Zon Timur : Persinggahan Ketiga di Masjid Al-Hijrah PSN, Tok Bali
24 Mei 2025

𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐀𝐋-𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐒𝐍, 𝐓𝐎𝐊 𝐁𝐀𝐋𝐈 | 𝟐𝟒 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐈𝐇, 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍
PETRA Skuad yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, KSU PETRA bersama pasukan kini tiba di Masjid Al-Hijrah PSN Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.
Di Masjid Al-Hijrah PSN Tok Bali ini, PETRA Skuad mengadakan OPS Suci MADANI yang dikelolakan oleh Indah Water Konsortium (IWK), CSR Pemasangan Solar Bumbung oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan CSR Penukaran Pili Cekap Air oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
𝗢𝗣𝗦 𝗦𝘂𝗰𝗶 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜, 𝗜𝗪𝗞
OPS Suci MADANI adalah program kesedaran dan sesi libat urus bersama komuniti dalam meningkatkan lagi kesedaran semua pemilik tangki septik untuk menjalankan tanggungjawab mengosongkan tangki demi kelestarian alam sekitar.
𝗖𝗦𝗥 𝗣𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗼𝗹𝗮𝗿 𝗕𝘂𝗺𝗯𝘂𝗻𝗴, 𝗧𝗡𝗕
Bagi merakyatkan solar dalam kalangan rakyat Malaysia, CSR Pemasangan Solar Bumbung ini dipasang dengan skim NEM Gomen, di mana tenaga solar yang dijana pada waktu siang akan terus digunakan untuk keperluan elektrik, dan lebihan tenaga akan dieksport ke grid TNB. Disamping itu TNB menyampaikan sumbangan kepada asnaf berupa bakul rahmh sebanyak 20 buah bakul.
𝗖𝗦𝗥 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗶𝗹𝗶 𝗖𝗲𝗸𝗮𝗽 𝗔𝗶𝗿, 𝗦𝗣𝗔𝗡
Manakala CSR Penukaran Pili Cekap Air sebanyak 39 unit pula mampu menjimatkan sehingga 69% daripada bil bulanan sekiranya tiada sebarang isu kerosakan/kebocoran pada paip dalaman masjid.