Berita Terkini
PETRA Skuad Zon Timur : Persinggahan Kedua ke Projek Tebatan Banjir @ PLSB Sg. Kelantan
24 Mei 2025

𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 @ 𝐏𝐋𝐒𝐁 𝐒𝐆. 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 | 𝟐𝟒 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍
Banjir bukan sekadar air naik, namun, ia melibatkan nyawa, harta benda dan kesejahteraan ribuan keluarga.
PETRA Skuad yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, KSU PETRA bersama pasukan telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Tebatan Banjir @ PLSB Sg. Kelantan, Kota Bharu.
Melalui Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 & 2, PETRA komited memberikan penyelesaian jangka panjang kepada masalah banjir di Kelantan.
Fasa 1 yang kini 95.9% siap bakal melindungi 95,000 penduduk daripada perlu berpindah akibat banjir, menyelamatkan 10km kawasan tebing sungai yang padat dengan infrastruktur awam dan mengurangkan kejadian banjir kilat kepada hanya sekali setahun.
Bukan itu sahaja, projek ini juga menyumbang kepada alam sekitar dengan mengurangkan sehingga 5 tan sampah dalam Sungai Pengkalan Chepa setiap bulan.
Kini, Fasa 2 pula sedang dilaksanakan dengan peruntukan lebih RM1 bilion. Ia bakal mengurangkan kawasan risiko banjir daripada 40,620 hektar kepada hanya 8,100 hektar, memberi perlindungan tambahan kepada lebih 35,000 penduduk.