Berita Terkini
PETRA Skuad Zon Timur : Lokasi Ketiga Hari Kedua - Masjid Al-Huda, Kg. Rantau Abang
25 Mei 2025

𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 – 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐀𝐋-𝐇𝐔𝐃𝐀, 𝐊𝐆. 𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆 | 𝟐𝟓 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐃𝐔𝐍𝐆𝐔𝐍, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔
Di Masjid Al-Huda, Kg. Rantau Abang, Kuala Dungun ini, PETRA Skuad bersama YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, KSU PETRA mengadakan OPS Suci MADANI yang dikelolakan oleh Indah Water Konsortium (IWK), CSR Pemasangan Solar Bumbung oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), CSR Penukaran Pili Cekap Air oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan CSR Pemasangan Kipas Cekap Tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
𝗢𝗣𝗦 𝗦𝘂𝗰𝗶 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜, 𝗜𝗪𝗞
Bagi negeri Kelantan dan Terengganu, terdapat kira-kira 115,456 pengguna tangki septik yang perlu menjalani proses nyahenapcemar secara berkala bagi memastikan tangki tidak penuh dan fungsi sistem pembetungan terjaga.
𝗖𝗦𝗥 𝗣𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗼𝗹𝗮𝗿 𝗕𝘂𝗺𝗯𝘂𝗻𝗴, 𝗧𝗡𝗕
TNB mendampingi masyarakat melalui inisiatif CSR Pemasangan Solar di rumah-rumah ibadat bertujuan:
a) Menjimatkan kos elektrik;
b) Menyokong kelestarian alam sekitar;
c) Meningkatkan kesedaran komuniti;
d) Mengurangkan jejak karbon;
e) Memperkukuh imej rumah ibadat sebagai institusi progresif; dan
f) Selari dengan aspirasi Kerajaan.
Pihak TNB turut menyampaikan sumbangan CSR iaitu 50 bakul rahmah kepada asnaf.
𝗖𝗦𝗥 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗶𝗹𝗶 𝗖𝗲𝗸𝗮𝗽 𝗔𝗶𝗿, 𝗦𝗣𝗔𝗡
CSR Penukaran Pili Cekap Air di masjid ini menukar 41 unit pili jenis cekap air (3 bintang – paling cekap jenis DOE TS RF-36) yang mengeluarkan air antara 1.5 liter hingga 4 liter sahaja dalam tempoh 1 minit bukaan penuh.
𝗖𝗦𝗥 𝗣𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗶𝗽𝗮𝘀 𝗖𝗲𝗸𝗮𝗽 𝗧𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮, 𝗦𝗧
Pihak ST telah melaksanakan penambahbaikan sistem pendawaian yang rosak serta penukaran kipas yang lebih cekap di masjid ini. Penambahbaikan yang dilaksanakan ialah dengan menukar 22 unit kipas dinding KDK (Label Cekap Tenaga).