Berita Terkini
PETRA Skuad Zon Sabah, Lokasi 1 : Tinjauan Kerja Ke Universiti Malaysia Sabah
14 Julai 2025

𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇, 𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝟏 : 𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 𝟏𝟒 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta delegasi PETRA Skuad tiba Universiti Malaysia Sabah iaitu lokasi pertama dalam siri jelajah PETRA Skuad Sabah kali ini.
Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk melaksanakan pelan intervensi jangka pendek bagi mengurangkan kesan gangguan bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Pelan intervensi ini dijangka memberi manfaat secara langsung kepada lebih 3,000 pelajar kolej kediaman yang terkesan, khususnya di Kolej Tun Mustapha dan Kolej Tun Fuad yang sering terjejas akibat gangguan bekalan air.
Antara cadangan jangka pendek yang dikemukakan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) agensi di bawah PETRA dalam melaksanakan projek jangka pendek seperti :



Kerja-kerja intervensi ini dijangka mengambil masa satu bulan dan boleh menyumbang kepada penambahbaikan operasi sistem bekalan air di UMS.