Berita Terkini
Mesyuarat Task Force Penyelarasan Projek Pembangunan PETRA di Negeri Terengganu Tahun 2025 & Majlis Penyerahan Projek Persekutuan Di Bawah PETRA Kepada Kerajaan Negeri Terengganu
31 Julai 2025

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐒𝐊 𝐅𝐎𝐑𝐂𝐄 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 | 𝟑𝟏 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔
YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mempengerusikan Mesyuarat Task Force Penyelarasan Projek Pembangunan PETRA Di Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu pagi tadi secara bersama YB Dato’ Nara Setia, Setiausaha Kerajaan Terengganu.
Task Force ini telah ditubuhkan bagi menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan Kerajaan Negeri Terengganu bagi mencari penyelesaian isu hakisan pantai di samping membincangkan isu pelaksanaan program/projek pembangunan berkaitan sumber air dan bekalan air di Terengganu.
Seusai sahaja Mesyuarat Task Force tersebut, satu Majlis Penyerahan Projek Persekutuan Di Bawah PETRA Kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah diadakan dan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA kepada YB Dato’ Nara Setia, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
Projek yang diserahkan tersebut ialah :


