Berita Terkini
Mesyuarat Peralihan Tenaga
26 Mei 2025

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 | 𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyampaikan ucaptama di Mesyuarat Peralihan Tenaga yang dianjurkan oleh World Economic Forum (WEF) di Kuala Lumpur pagi tadi.
Mesyuarat tersebut mengetengahkan tema “Peralihan Tenaga di ASEAN: Memperkukuh Kerjasama Serantau" atau "Energy Transition in ASEAN: Fostering Regional Cooperation". Dalam ucaptama YAB Dato' Sri sebentar tadi, beliau menyeru agar ASEAN mencari jalan untuk terus maju tanpa menjejaskan kelestarian, keterangkuman, atau keselamatan di kala dunia berdepan cabaran perubahan iklim, ketidaktentuan pasaran tenaga, dan ketegangan geopolitik.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 tahun ini akan terus mempromosikan kerjasama serantau yang praktikal, adil, inklusif dan berpandangan jauh ke hadapan.