Berita Terkini
Majlis Perasmian Sukan Bekalan Air Se-Malaysia Tahun 2025
21 Ogos 2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐄-𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟐𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐀𝐑𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐁𝐒𝐉
Majlis Perasmian Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) Tahun 2025 telah berjaya disempurnakan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada 21 Ogos 2025 jam 8.00 malam bertempat di Arena MBSJ. Turut memeriahkan majlis, YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA.
Detik penuh bangga tercipta apabila kontinjen PETRA merupakan kontinjen pertama melangkah megah membuka tirai perarakan. Dengan iringan sorakan gemuruh penonton, setiap langkah dipenuhi semangat juang dan kebanggaan membawa nama PETRA di pentas SBAM 2025.
Dipimpin oleh Ketua Kontinjen, YBhg. Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Air PETRA, perarakan PETRA menjadi antara momen yang menjadi simbolik kepada kekuatan pasukan serta kesatuan hati warga PETRA.
Semoga PETRA terus melakar kejayaan gemilang di pentas SBAM 2025!