Berita Terkini
Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Langat 2
20 Ogos 2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐋𝐎𝐉𝐈 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝟐 | 𝟐𝟎 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐇𝐔𝐋𝐔 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 yang merupakan LRA kedua terbesar di Malaysia telah dirasmikan hari ini oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Projek ini telah mencatat rekod kebangsaan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) serta memperkenalkan sistem hijau pelupusan berkonveyor rawatan sisa air pertama negara.
Projek berimpak tinggi ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) serta Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). LRA Langat 2 adalah sebahagian daripada Skim Penyaluran Air Mentah Pahang – Selangor, yang dibina bagi memastikan bekalan air yang stabil dan berkualiti untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Majlis perasmian LRA Langat 2 ini turut dihadiri YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA serta YBhg. Dato’ Seri Ir. Jaseni Maidinsa.