Berita Terkini
Majlis Perasmian Hari Air Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan
5 Julai 2025

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 | 𝟓 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆𝐈 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍
Majlis perasmian sambutan Hari Air Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan telah berlangsung di Dataran Sayangi Kuantan dan disempurnakan oleh YB Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, mewakili YAB Menteri Besar Pahang. Mewakili Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pula ialah YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA.
Pemilihan negeri Pahang sebagai lokasi sambutan adalah kerana Pahang mempunyai hubungan erat dengan air, dipengaruhi oleh geografi, ekonomi, dan warisan budayanya. Sebagai contoh Sungai Pahang yang merupakan sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia telah lama menjadi tulang belakang kepada penempatan masyarakat, pertanian, dan perindustrian.
Tema sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2025 Peringkat Kebangsaan telah disesuaikan dalam konteks negara iaitu “Air untuk Kehidupan” dengan slogan “AirKU, HidupKU, DuniaKU”.
Turut hadir sama di majlis tersebut ialah YBrs. Ir. Mohamad Radzi Bin Abdul Talib, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan YBrs. Ir. Haji Mohd. Sha’ri Bin Mohammed, Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pahang.