Berita Terkini
Majlis Penyerahan Bendera Dan Pakaian Rasmi Kontigen PETRA Sempena Kejohanan Sukan Bekalan Air Malaysia 2025
20 Ogos 2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐆𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟐𝟎 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Sukan Bekalan Air Malaysia 2025 (SBAM 2025) merupakan sukan dwi tahunan yang menjadi platform utama kepada warga sektor bekalan air di seluruh negara untuk memperkukuh kerjasama, meningkatkan semangat kesukanan, dan mengeratkan hubungan silaturahim di antara agensi serta syarikat berkaitan. Pada tahun ini, kejohanan dihoskan oleh Syarikat Air Selangor Berhad dan akan berlangsung di negeri Selangor Darul Ehsan.
Bagi edisi 2025, kontijen Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) tampil dengan kekuatan seramai 160 orang atlet dengan penyertaan sebanyak 10 daripada 13 acara sukan yang dipertandingkan. Kejohanan ini akan bermula pada 21 hingga 25 Ogos 2025. Marilah sama-sama kita menzahirkan sokongan kepada kontigen PETRA agar beroleh kejayaan yang gemilang.
Sesi penyerahan bendera kontinjen disempurnakan oleh Ketua Kontinjen PETRA, YBhg. Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Air PETRA dan penyerahan jaket kontinjen oleh Timbalan Ketua Kontigen PETRA, Encik Amisam bin Ismail, Setiausaha Bahagian Pembangunan PETRA.
PETRA JUARA!