Berita Terkini
Majlis Pengiktirafan Penggunaan Air Alternatif Bagi Industri Pusat Data Di Negeri Johor
11 Ogos 2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐀𝐋𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 | 𝟏𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔
YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hadir ke Majlis Pengiktirafan Penggunaan Air Alternatif Bagi Industri Pusat Data di Negeri Johor bersama YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA petang tadi.
Majlis ini merupakan satu acara penting dalam meningkatkan industri air dan teknologi untuk negara kita. Kesemua pemain industri dan pihak berkepentingan dalam industri pusat data adalah dialu-alukan ke Malaysia, khususnya negeri Johor. Sebagai hab strategik dengan infrastruktur yang kukuh serta dasar yang mesra pelabur, negeri Johor menawarkan potensi besar untuk pertumbuhan dan inovasi dalam industri pusat data.
Kerjasama yang dijayakan melalui syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) bersama dengan Johor Special Water (JSW) iaitu anak syarikat kepada Permodalan Darul Takzim akan menjadi satu mercu tanda yang penting untuk dicontohi oleh negeri-negeri lain.