Berita Terkini
Majlis Peluncuran Pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dan Hab Hidrogen
12 Julai 2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐈𝐃𝐑𝐎 𝐇𝐈𝐁𝐑𝐈𝐃 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐁 𝐇𝐈𝐃𝐑𝐎𝐆𝐄𝐍 𝐇𝐈𝐉𝐀𝐔 | 𝟏𝟐 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔
YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkesempatan menghadiri Majlis Peluncuran Pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dan Hab Hidrogen Hijau di Terengganu yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir, Terengganu.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA yang telah menyampaikan ucapan aluan mewakili YAB Menteri PETRA.
Pembangunan ladang solar terapung yang berkapasiti 2500MW ini merupakan yang terbesar di Malaysia. Loji jana kuasa ini juga bakal membekalkan sumber tenaga hijau untuk pembangunan Hab Hidrogen Hijau di Kerteh.
Kolaborasi strategik oleh PETRONAS, TNB dan Terengganu Inc. ini merealisasikan aspirasi kelestarian negara dengan menjadi penyedia penyelesaian tenaga mampan selaras dengan aspirasi peralihan tenaga.