Berita Terkini
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
10 Jun 2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berlangsung dengan penuh gemilang di Everly Hotel Putrajaya pagi tadi. YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, telah menyampaikan anugerah kepada penerima cemerlang.
Program ini turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA, YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Dato' Mohd Rodzwan Bin Mohd Baba Sakri, TKSU (Air), dan YBhg. Dato’ Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), serta pengurusan tertinggi dan warga PETRA.
Majlis ini memberi penghargaan kepada warga kerja cemerlang yang telah memberi sumbangan besar kepada kementerian.