Lawatan Tapak Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Ke Kawasan Banjir Penampang Proper
29 September 2025
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐘𝐁𝐓𝐌 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐑𝐎𝐏𝐄𝐑
Delegasi yang diketuai oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) seterusnya telah meninjau kawasan banjir di Penampang Proper, yang baru-baru ini terjejas teruk akibat hujan lebat pada 10 hingga 15 September 2025.
Isu dan cabaran semasa :- Beberapa siri banjir kilat berlaku di kawasan Penampang Proper termasuk di sekitar Pump House JPS Sabah, dengan air melimpah sehingga menjejaskan ratusan kediaman dan premis perniagaan.
- Sistem saliran sedia ada tidak mampu menampung taburan hujan tinggi yang berlaku secara mendadak.
- Kerosakan pada infrastruktur asas seperti jalan raya, sistem parit, serta bekalan utiliti turut dilaporkan.
Lawatan ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam memastikan masalah banjir yang kerap melanda Penampang ditangani secara menyeluruh, sekali gus memberi jaminan keselamatan kepada penduduk setempat.