Berita Terkini
Lawatan Rasmi YB Timbalan Menteri PETRA ke Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB)
9 Januari 2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐘𝐁. 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 | 𝟖 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sesi lawatan rasmi ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara Kementerian dan pihak kawal selia, di samping membincangkan hala tuju serta cabaran semasa dalam sektor pembekalan tenaga elektrik di semenanjung Malaysia.
Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli (Ketua Setiausaha PETRA), YB Tan Sri Abdul Razak bin Abdul Majid (Pengerusi TNB), Datuk Ir. Megat Jalaluddin bin Megat Hassan (Ketua Pegawai Eksekutif TNB), serta barisan kepimpinan tertinggi PETRA dan pengurusan kanan TNB.


