Berita Terkini
Lawatan Rasmi YB Timbalan Menteri PETRA ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Tenaga (ST)
7 Januari 2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐘𝐁. 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 | 𝟕 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini.
Sesi lawatan rasmi ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara Kementerian dan pihak kawal selia, di samping membincangkan hala tuju serta cabaran semasa dalam sektor pembekalan tenaga elektrik dan gas berpaip di Malaysia.
Dalam sesi tersebut, YB Timbalan Menteri turut diberikan taklimat terperinci mengenai fungsi dan operasi ST oleh YBrs. Puan Siti Safinah binti Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga.
Turut hadir bersama adalah barisan kepimpinan tertinggi daripada PETRA dan pihak pengurusan kanan Suruhanjaya Tenaga.


