Berita Terkini
Lawatan Rasmi Timbalan Menteri PETRA ke Pejabat MyPOWER Corporation
21 Januari 2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐘𝐁. 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐌𝐘𝐏𝐎𝐖𝐄𝐑 𝐂𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 | 𝟐𝟏 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐌𝐘𝐏𝐎𝐖𝐄𝐑 𝐂𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah mengadakan lawatan rasmi ke pejabat MyPOWER Corporation yang terletak di Bangsar South.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan terkini berkaitan inisiatif reformasi industri bekalan elektrik negara di bawah seliaan MyPOWER. Sesi ini juga menjadi platform penting bagi menyelaraskan strategi peralihan tenaga selaras dengan agenda Kerajaan MADANI ke arah sistem tenaga yang lebih kompetitif dan mampan.
Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Asdirhyme Rasib, Ketua Pegawai Eksekutif MyPOWER Corporation serta barisan pengurusan kanan dan tenaga kerja MyPOWER Corporation.


