Berita Terkini
Lawatan Rasmi Timbalan Menteri PETRA ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)
25 Februari 2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐘𝐁. 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐓𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 (𝐉𝐏𝐏) | 𝟐𝟓 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) serta menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga JPP.
Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Pengarah JPP, Hj. Alias bin Mohamed, bersama Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah iaitu Ir. Ts. Hj. Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah, Ir. Huzaini bin Husain dan Puan Nurazimah binti Ramlan, serta barisan Pengarah Bahagian dan pegawai kanan JPP.
YB Timbalan Menteri turut diberikan taklimat mengenai peranan dan inisiatif strategik JPP dalam memperkasa sistem pembetungan negara. Majlis berbuka puasa yang diadakan menjadi wadah mengeratkan silaturahim serta memperkukuh kerjasama antara kepimpinan PETRA dan warga JPP.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan PETRA dalam memperkukuh tadbir urus sektor air dan pembetungan demi kesejahteraan rakyat serta kelangsungan alam sekitar.

