Berita Terkini
Lawatan Kerja YB Timbalan PETRA Ke Perak
26 Oktober 2025
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐘𝐁 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑 (𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀) 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 | 𝟐𝟔 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐏𝐎𝐇, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah mengadakan lawatan kerja ke negeri Perak bagi meninjau projek-projek pembangunan di bawah seliaan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) sekitar Ipoh, termasuk Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di Papan, Daerah Kinta (Pakej 3).
Projek ini dilaksanakan di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan agensi pelaksana JPP. Ia melibatkan pembangunan sistem kumbahan bersepadu merangkumi pembinaan 59.9 km rangkaian paip pembetungan, 902 lurang (manhole), 5 rumah pam baharu (NPS) serta 12.1 km force main, di samping rasionalisasi 96 loji rawatan sedia ada dan 30 tangki septik komunal (CST) di sekitar Ipoh.
Lawatan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh infrastruktur asas negara bagi memastikan pembangunan mampan, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat di masa hadapan.

