Berita Terkini
Lawatan Kerja YB Timbalan PETRA Ke Ibu Pejabat Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK)
13 Januari 2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐘𝐁. 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑 𝐊𝐎𝐍𝐒𝐎𝐑𝐓𝐈𝐔𝐌 (𝐈𝐖𝐊) | 𝟏𝟑 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑 𝐊𝐎𝐍𝐒𝐎𝐑𝐓𝐈𝐔𝐌, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) pada 13 Januari 2026.
Sesi lawatan rasmi ini merupakan lawatan pertama YB Timbalan Menteri ke agensi sektor air di bawah PETRA yang bertujuan untuk mendalami hala tuju transformasi sektor air negara. YB Timbalan Menteri juga diberikan penerangan mengenai fungsi dan peranan Sektor Air PETRA, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta IWK.
Dalam rangka lawatan tersebut, YB Timbalan Menteri juga berkesempatan untuk beramah mesra bersama warga IWK dan diberi taklimat berkenaan Geographical Information System (GIS).
Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA, YBhg. Narendran Maniam, Ketua Pegawai Eksekutif IWK dan barisan kepimpinan tertinggi dan pengurusan kanan sektor air PETRA dan Jabatan/ Agensi.


