Berita Terkini
Lawatan Kerja TKSU (Air) ke Projek Tebatan Banjir di Solok Van Praagh, Jelutong
9 Januari 2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐘𝐁𝐇𝐆. 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐑𝐎𝐃𝐙𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐁𝐀𝐁𝐀 𝐒𝐀𝐊𝐑𝐈, 𝐓𝐊𝐒𝐔 (𝐀) 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐒𝐎𝐋𝐎𝐊 𝐕𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐀𝐀𝐆𝐇, 𝐉𝐄𝐋𝐔𝐓𝐎𝐍𝐆, 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓, 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆
YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Tebatan Banjir di Solok Van Praagh, Jelutong, bagi meneliti pendekatan penyelesaian banjir kilat di kawasan bandar berkepekatan tinggi.
Lawatan ini bertujuan untuk menilai konsep pembinaan serta penggunaan teknologi takungan air bawah tanah sebagai alternatif inovatif dalam pengurusan air hujan, khususnya bagi menangani isu banjir kilat di kawasan bandar yang mempunyai kekangan ruang permukaan.
Pendekatan ini mencerminkan penekanan PETRA terhadap pelaksanaan dasar yang diterjemahkan kepada tindakan konkrit di lapangan, khususnya dalam pengurusan risiko banjir bandar.


