Berita Terkini
Kursus Seronoknya Bekerja Anjuran PETRA
7 Ogos 2025

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐎𝐍𝐎𝐊𝐍𝐘𝐀 𝐁𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟓 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kursus Seronoknya Bekerja yang telah berlangsung pada 5 Ogos 2025 anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Awam (PETRA) ini dirasmikan oleh YBhg. Dato' Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA. Turut hadir sama ialah YBrs. Puan Syaripah Nurzalilie Syed Kamarzaman, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia PETRA dan Encik Amin Idris, Pakar Motivasi.
Pengisian Kursus Seronoknya Bekerja ini menyentuh tajuk "Bekerja dengan Jiwa: Temui Makna di Sebalik Tugas" "Ubah Tekanan kepada Keseronokan" dan " PETRA Hebat: Mengukuh Sinergi, Menyemai Harmoni".
YBhg. Dato' Mohd Norhisham bin Musa menekankan kursus ini bukan sekadar program latihan biasa, tetapi sebahagian daripada usaha besar PETRA dalam membudayakan keseronokan bekerja yang merupakan satu elemen penting dalam Agenda Reformasi Awam 2024 - 2030 di bawah Bidang Keberhasilan Reformasi 3 melalui Strategi Keberhasilan Reformasi.