Berita Terkini
Kursus Pengukuhan Keselamatan Perlindungan PETRA
11 Julai 2025

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟏𝟏 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐆𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐇𝐈𝐆𝐇𝐋𝐀𝐍𝐃𝐒, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menganjurkan Kursus Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) pada 10 hingga 12 Julai 2025 sebagai usaha berterusan memperkukuh tadbir urus keselamatan perlindungan di peringkat kementerian.
Kursus ini memberi fokus kepada pemantapan kefahaman dan pelaksanaan elemen-elemen keselamatan perlindungan merangkumi aspek keselamatan fizikal, dokumen, ICT dan personel, selaras dengan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017) yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).
Melalui kursus ini, para peserta yang terdiri daripada Setiausaha Bahagian dan Ketua Unit sebagai pemegang amanah keselamatan di jabatan masing-masing, diberi pendedahan mendalam tentang peranan, tanggungjawab dan langkah-langkah kawalan keselamatan bagi melindungi aset dan maklumat kerajaan daripada sebarang ancaman, kebocoran atau sabotaj.
PETRA komited untuk terus memperkukuh budaya keselamatan dalam organisasi bagi memastikan tahap kesiapsiagaan dan pematuhan kepada dasar keselamatan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.