Berita Terkini
Kursus Dokumen Rasmi dan Dokumen Rahsia Rasmi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
26 Mei 2025
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐑𝐀𝐇𝐒𝐈𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑 | 𝟐𝟏 & 𝟐𝟐 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓| 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menganjurkan Kursus Dokumen Rasmi dan Dokumen Rahsia Rasmi pada 21 dan 22 Mei 2025 bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Seramai 70 orang warga PETRA yang dilantik sebagai Pendaftar Kecil Rahsia, Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) telah hadir ke kursus tersebut. Penceramah jemputan kursus ialah Pegawai dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).
Kursus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), PETRA pada hari pertama kursus. Turut hadir sama sewaktu perasmian ialah Encik Mohd Shahnaz bin Yazid, Setiausaha BKP, PETRA.