Berita Terkini
Kejohanan Bola Tampar Sukan PETRA (SUTRA)
31 Mei 2025

𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐓𝐀𝐌𝐏𝐀𝐑 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 (𝐒𝐔𝐓𝐑𝐀) 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟑𝟏 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐍, 𝐊𝐀𝐉𝐀𝐍𝐆
YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah merasmikan Kejohanan Bola Tampar Sukan PETRA (SUTRA) 2025 yang berlangsung pagi tadi di INSPEN, Kajang.
Dalam kejohanan tersebut YBhg. Dato' KSU bermain sebagai spiker utama mewakili PETRA bagi menggantikan YAB Menteri PETRA yang berada di Osaka, Jepun pada masa ini.
Sebanyak sembilan (9) pasukan menyertai kejohanan ini iaitu PETRA, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Suruhanjaya Tenaga (ST), Jabatan Bekalan Air (JBA), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), Sustainable Energy Development Authority (SEDA), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Indah Water Konsortium (IWK), dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Keputusan akhir :
Johan - TNB
Naib johan - PETRA
Ketiga - JPS
Keempat - JPP
Tahniah kepada kesembilan jabatan dan agensi di bawah PETRA.