Berita Terkini
Inauguration Ceremony Of Pulau Indah Power Plant
30 September 2025

𝐈𝐧𝐚𝐮𝐠𝐮𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐂𝐞𝐫𝐞𝐦𝐨𝐧𝐲 𝐨𝐟 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐏𝐨𝐰𝐞𝐫 𝐏𝐥𝐚𝐧𝐭 | 𝟑𝟎 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡, 𝐊𝐥𝐚𝐧𝐠
Majlis Perasmian Stesen Jana Kuasa Pulau Indah (Pulau Indah Power Plant – PIPP) berkapasiti 1,200 MW telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Dalam ucapan beliau, YAB Timbalan Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, Worldwide Holdings Berhad, serta Pulau Indah Power Plant Sdn. Bhd. atas usaha menjayakan projek ini.
Projek ini menjadi simbol komitmen Malaysia terhadap keselamatan tenaga dan pertumbuhan mampan, di samping memperkukuh keyakinan pelabur antarabangsa. Dengan teknologi Combined Cycle Gas Turbine (CCGT) moden, loji ini antara yang paling efisien di Malaysia dan akan menjamin bekalan elektrik yang stabil, mampu milik dan mampan untuk rakyat serta industri.
PIPP turut melakar sejarah dengan penyertaan Korea Electric Power Corporation (KEPCO), pelaburan pertama Korea dalam loji janakuasa di Malaysia serta merupakan sebahagian daripada Fasa 1 National Energy Transition Roadmap (NETR), pelan tenaga bersih negara menuju masa depan rendah karbon.
Turut hadir menyerikan majlis ialah YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), barisan kepimpinan negeri, pihak pengurusan Worldwide Holdings Berhad, Pulau Indah Power Plant Sdn. Bhd., serta wakil-wakil KEPCO.